Premis Mr. Mama

Mengisahkan kehidupan Fikri dan Suria yang sibuk mengendalikan projek besar syarikat masing-masing. Fikri yang merupakan seorang peguam, baru mendapat satu kes besar di syarikat guamannya dan jika berjaya, dia dijanjikan oleh ketuanya, Tuan Bakri untuk mendapat sebahagian daripada saham syarikat. Suria yang bekerja sebagai arkitek pula sedang sibuk menyiapkan rekaan untuk binaan sebuah hotel lima bintang. Pelbagai masalah melanda yang kemudiannya membuatkan Fikri sanggup melepaskan kerjayanya demi memikul tanggungjawab untuk membesarkan anak-anak.

Berkaitan